Kenali Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) merupakan sebuah pusat yang menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. PPPI ditubuhkan pada 11 Jun 2-11 dengan beberapa orang kakitangan, bermatlamatkan untuk memacu perkembangan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersilan.
 
Setelah 14 tahun, PPPI terus berkembang kepada empat unit utama iaitu Pengurusan Penyelidikan, Harta Intelek dan Pengkomersilan, Geran Luar dan Perundingan dan juga Pentadbiran dan Kewangan.
 
Perkembangan PPPI ini sejajar dengan peningkatan keperluan di pihak universiti dan negara di dalam menjadikan penyelidikan dan aktiviti-aktivit berkaitan dengannya sebagai pemangkin kepada penjana kekayaan kepada universiti dan negara.