Piagam Pelanggan

  • Memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan RMIC akan diberi layanan dengan cepat dan cekap dalam tempoh menunggu tidak melebihi tiga minit
  • Memastikan penerimaan aduan/maklumbalas pelanggan dimaklumkan bkepada pengadu/pemberi dalam tempoh satu hari bekerja dari tarikh aduan/maklumbalas yang lengkap diterima
  • Memastikan surat lantikan Pembantu Penyelidik (RA)/Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)/Graduate Research Asistant (GI) dikeluarkan dalam tempoh tiga hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
  • Memastikan surat tawaran menjalankan penyelidikan dan aku janji penyelidikan dikeluarkan kepada pemohon berjaya dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Universiti (MJPU).
  • Memastikan surat kelulusan menjalankan penyelidikan dikeluarkan kepada ketua penyelidik dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh aku janji diterima.
  • Memastikan surat lantikan sebagai perunding dikeluarkan kepadfa setiap ahli perundingan dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memastikan surat kelulusan mendaftarkan hak cipta dikeluarkan kepada pemohon ┬ádalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersilan Universiti (MJIPU).
  • Memastikan pengesahan penerimaan laporan kemajuan/laporan akhir penyelidikan dikeluarkan kepada ketua penyelidik dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya diperakukan oleh MJPU.
  • Memastikan surat pengesahan penyelidikan/perundingan selesai dijalankan dikeluarkan kepada ketua penyelidk/perunding dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya diperakukan oleh MJPU.
  • Memastikan surat penutupan akaun penyelidikan/perundingan dikeluarkan kepada ketua penyelidik/perunding dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh penyelidikan selesai .
  • Memastikan penghantaran pesanan belian kepada pembekalkan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya dihantar.
  • Memastikan tuntutan yang lengkap dihantar ke Jabatan Bendahari dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh ianya diterima.