Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya 2019 | MIMOS Berhad

Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya 2019 yang diadakan di Ruang Pembelajaran 1, Kompleks Pengurusan Penyelidikan Inovasi, UPSI.

Psikometrik merupakan ujian personaliti dan minat kerjaya yang dijalankan kepada murid Tingkatan 1 setiap tahun sebagai satu alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan dalam mengukur dan mengenalpasti trait minat kerjaya dan personaliti murid.

Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pihak yang berkaitan mengenai hubungkait antara akademik, kerjaya dan personaliti berdasarkan ujian psikometrik yang dijalankan. Bengkel ini turut melibatkan kakitangan JPN Perak, PPD Batang Padang, PPD Muallim, Guru-guru dari Majlis Guru Kaunseling Batang Padang, Pengetua dan Guru Besar sekolah disekitar Daerah Muallim, Felo Unit Inovasi RMIC dan kakitangan akademik UPSI.