KENALI KAMI

Previous slide
Next slide
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) merupakan sebuah pusat yang menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. PPPI ditubuhkan pada 2006 dengan beberapa orang kakitangan, bermatlamatkan untuk memacu perkembangan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersilan.
 
Kini, PPPI terus berkembang kepada empat unit utama iaitu ‘Pengurusan Penyelidikan’, ‘Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi’, ‘Tadbir Urus & Kewangan’ dan ‘Data & Perancangan Strategik’.
 
Perkembangan PPPI ini sejajar dengan peningkatan keperluan di pihak universiti dan negara di dalam menjadikan penyelidikan dan aktiviti-aktivit berkaitan dengannya sebagai pemangkin kepada penjana kekayaan kepada universiti dan negara.