MAKLUMAT KORPORAT

VISI

"Menjadi pusat pengurusan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan yang cemerlang selari dengan halatuju Universiti Pendidikan Sultan Idris."

MISI

"Mengurus aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan dalam konteks untuk membangunkan modal insan agar selari dengan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris."

PIAGAM PELANGGAN

DASAR & PENAFIAN

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang berlaku jika saya membuat pautan kepada Portal/Laman Web yang lain?

Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.