DARI MEJA PENGARAH

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPP) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui kecemerlangan dalam pengurusan penyelidikan, perundingan, inovasi, dan pengkomersialan selari dengan hala tuju Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam usaha menerajui kecemerlangan tersebut, PPP UPSI menggariskan beberapa objektif seperti berikut:

  1. Menyediakan perkhidmatan sokongan 5P mesra pelanggan
  2. Menyediakan pangkalan data yang tepat dan terkini
  3. Merancang persekitaran kondusif agenda 5P berteraskan masa depan
  4. Membudayakan agenda 5P kepada seluruh warga UPSI
  5. Pengurusan dana lestari
  6. Mensasarkan anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Kesemua objektif tersebut digerakkan melalui suatu perancangan strategik yang melibatkan penggemblengan tenaga dan idea seluruh warga kerja PPP yang penuh dedikasi dalam menjadikannya satu kenyataan. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga UPSI yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada RMIC untuk melonjakkan nama universiti dalam bidang penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Rosmilah Binti Misnan

Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPP)

Universiti Pendidikan Sultan Idris