Seminar Penyelidikan Kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris-Institut Darul Ridzuan (UPSI-IDR)

18 Mac 2019 | 9:00 pg – 5:00 ptg | Dewan Sri Tanjung

Seminar Penyelidikan Kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris-Institut Darul Ridzuan (UPSI-IDR)

Sebanyak sembilan kertas kerja yang memberi fokus kepada isu pembangunan belia negeri Perak telah berjaya dibentangkan. Ini meliputi pembentangan berkaitan Sistem Rancangan Perniagaan Belia Perak (SRPBP): Mudah, Ringkas dan Praktikal (Dr Nurul Fadly Habidin); Analisis
Faktor Pemilihan Kerjaya dan Cara Mengatasi Masalah Pengangguran dalam Kalangan Belia di Majlis Belia Negeri Perak (MBN)( Prof. Madya Dr. Suppiah a/l Nachiappan); A Preliminary Study on Injury Risk Factors of Perak Athletes (Prof. Madya Dr. Lee Ai Choo); Sejarah Sebagai Agen Pemerkasaan Industri Pelancongan di Daerah Muallim – Gerbang Perak Selatan (Dr. Nazirah Lee); Kajian Penglibatan Belia Wanita dalam Politik di Negeri Perak (Dr. Siti Noranizahhafizah binti Boyman);Projek Cendawan Jerami (Volvariella volvacea) Perak Fasa Percubaan – Tanjung Malim (Prof. Madya
Dr. Hanisom binti Abdullah); Psychological Intervention to Treat Mental Health Issues Among Community Mental Health Centres in Perak Batang Padang (Prof. Dr. Rahmatullah Khan bin Abdul Wahab Khan); Physical Fitness, Psychological Profiles and Performance Analysis of the Perak
Wome’s Hockey Team for SUKMA 2018 (Prof Madya Dr. Jeffrey Low Fook Lee) dan Modul Kepimpinan Belia Alaf 21: Inspirasi dari Kepimpinan Belia Perak 1930-1950 (Cik Siti Zahrah binti
Mahfood).

Penyelidikan Kerjasama UPSI-IDR ini menandakan satu pencapaian penting bagi penyelidik UPSI dalam meningkatkan jaringan kepakaran dan mensinergi usaha mereka untuk menghasilkan lebih banyak idea penyelidikan dan pendekatan baru terutamanya dalam menangani isu-isu berkaitan pembangunan negeri Perak. Adalah diharapkan kerjasama penyelidikan di atara UPSI dan IDR ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian pembangunan